SYADA AMZAH JAWAB SOALAN CEPUMAS

  • 10 bulan lalu
SYADA AMZAH JAWAB SOALAN CEPUMAS

PERAMAH dan ceria orangnya. Itu gambaran yang boleh penulis berikan tatkala bertemu muka dengan anak kepada penyanyi dan pelakon lelaki era 1980-an, ND Lala ini.

Jika selebriti lain yang sedikit 'berkira' untuk berkongsi perihal sisi peribadi, berbeza dengan Syada Amzah.

Kepada SinarPlus, Syada berkongsi lokasi yang menjadi pilihan beliau bersama ibu kesayangannya jika mahu bersantai dan rilekskan minda.

Selain itu, beliau turut mengulas tentang dirinya yang bersuara lantang. Kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu, beliau punya alasan tersendiri. Apakah sebabnya beliau berbuat demikian?

Paling dinanti-nantikan adalah reaksi Syada tentang pilihan kakaknya yang memutuskan untuk memilih lelaki yang jauh lebih muda sebagai pengganti teman hidup.

Beliau juga turut berkongsi cukup alergi dengan bau. Bau apakah agaknya ya?

Segalanya diluahkan empunya diri dalam video ini. Jom tonton sama-sama.

Personaliti: NURSYUHADA AMIR AMZAH (@syadaamzahh)
Wartawan/Teks: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Juruvideo: ZAITON ABDUL MANAF
Editor/Penyunting video: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)