JAINJ tingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram

  • kelmarin
BERITA SEMASA 19 MEI 2024

Pemantauan terhadap penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram akan dipertingkatkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) susulan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, pada Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pihaknya sedia maklum mengenai kerisauan masyarakat selepas insiden berdarah yang mengorbankan dua anggota polis itu.

Jelasnya, langkah meningkatkan pemantauan ajaran sesat itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/665596/berita/semasa/jainj-tingkat-pemantauan-ajaran-sesat-di-ulu-tiram

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #JAINJ #ulutiram